Thursday, 24 September 2015

Nota Cik Markonah (24)

Mencintai dalam diam,
Seperti cinta Fatimah dan Ali.
Biar Allah saja yang tahu hati ini,
Wahai insan misteri.

Aku bimbang,
Hadir perasaan rindu,
Aku khuatir aku hanyut.

Allah,
Dia jejaka high class,
Jodohkan dia dengan muslimah yang baik,
Meskipun ianya bukanlah aku.

Si misteri mengorak langkah,
Aku mendongak langit Ilahi,
Perasaan sukakah?

Aku takut.

Takut cinta aku ni melebihi cinta aku pada Tuhan.

Maka,aku memohon Allah jagakan dia.
Wahai diri,
Lupakah?
Takdir itu boleh diubah dengan berdoa.
Jangan putus doa.
Itu senjata.

Dia dan aku mengorak langkah laju,
Berbeza tempat,
Pergi,
Dan terus pergi.

Biar rasa ini menjadi rahsia,
Kau bukan sesiapa,
Sedarlah diri.
Berhenti berharap pada yang tidak pasti.
Letaklah pengharapan pada Ilahi,
Aku yakin bahagia menanti.

Setelah lama tiada.
Di satu masa,
Ada seorang insan,
Jaka misteri kunamainya,
Indah tutur bicara.

Lidah ini kelu,
Mata ini tertumpu,
Siapa dia "Jaka?"

Satu saat,dua saat,tiga saat,
Mata ini memandang kejap,
Pantas pandangan ini tunduk,
Bimbang kacau di hati,

Aku terus berlalu,
Dia memandang kepergianku,
Tanpa sebarang bicara,
Pandang dan terus memandang,
Lalu aku hilang.

Aku juga memandangnya,
Sekejap,dua kejap.

Kini kami saling kenal
Ya——kita,
Rupanya dia Jaka yang aku kenal dulu,

Dia masih wujud dalam memori aku,

Masih ada harapan yang terpendam dulu,

Bipp,bipp,
Pesanan mula masuk ke peti masuk,
Siapa gerangan insan tanpa nama,

Aku diam,

Assalamualaikum,Fi hifzillah. Moga sentiasa baik sahaja. Allah has better plan for you. Moga ada nama terucap di dalam doa lafaz terucap di bibir."
Aku keliru,

Aku diam seribu bahasa,
Diselidiki,

Rupanya 'si jaka' masih mengingati,

Benarlah,
Jarak menjauh,
Ada doa sedang mendekat,
Fi hifzillah Jejaka high class.

Aku mohon menjarak,
Kelak menjadi yang sah kita akan sama sama melayari jannah Ilahi.

Aku pergi,
Terus pergi,

Stop worrying about what you have to lose and start focusing on what you have to gain. Take care of your thoughts when you are alone and take care of your words when you are with people.

Tengku Danish was send the e-mail....

To : Huriyah Huwaida bt Osman

Dari episod satu sampai episod akhir,
Jalan ini terus aku susuri.
Berjalan.
Terus dan terus.

Maaf  😥
Aku tersuka kau tanpa sengaja.

Maaf 😥
Hati ini degil lagaknya."

Tak ada perpisahan yang lebih baik dari sebuah perpisahan kecuali mengikhlaskan.

Tak ada cinta yang lebih sempurna kecuali dengan mendoakan.

Aku bukan teman sempurna. Tetapi cukup mencantumkan kelebihan dan kekurangan yang punya pada teman.

Terima kasih kerana ada,lalu tiada

Tapi satu.

Tak ada hidup yang lebih tenang kecuali dengan menerima takdir Tuhan.

Kenal awak dalam 2014 sehingga masuk scene 2015 adalah scene yang paling best dlam plot drama saya. Saya dan awak mungkin akan menempuhi scene yang berbeza dan mencabar selepas ini. Masa yang berjalan boleh merobek setia. Boleh meluntur rasa sayang terhadap sesama kita,atau mungkin kita akan completely lost mencari hala masing masing dalam pencarian Tuhan.

Cuma satu yang saya nak awak tahu. Kalau rasa sayang saya hilang pelan pelan, rindu itu dah lenyap tiba tiba. Ketahuilah saya hanya berada di hati awak saja,bukan dalam doa awak. Dan saya tiada apa apa hak untuk halangi awak mencari bahagia awak sendiri. Moga awak bahagia.

Terima kasih untuk rasa yang lahir ini.

Bersambungg



No comments:

Post a Comment