Friday, 25 September 2015

Nota Cik Markonah (31)

Rasa nak Allah matikan jasad.

Fikir balik, hidup aku selama 18, 19 , 20 tahun ni cukup ke amal nk masuk syurga.

Kadang kadang Allah bagi ujian ni untuk uji keimanan Awak.

Hakikat orang beriman memang akan sentiasa diuji.

Kalaulah mampu hulur bahu ni. Tapi apakan daya. Kita jauh.

Mulut orang mana nk diam. Letak stapler or plaster sekali pun tetap bunyi.

Melainkan dia tu dah penat, penat nk berkata.

So apa yg kita kena buat ?

Diam dan doa sahaja. Jangan balas kata tu. Ucap Alhamdulillah.

Inshaallah, ujian itu tarbiyah untuk Awk.

Ingat,
Allah itu maha baik.😔

Cuma kita sahaja yang kadangkala lupa.

Nikmat Allah itu kita tak hiraukan. Bahkan langsung tak berterima kasih.

Jadi layak tak kita menghukum , mengherdik hina orang.

Better,
Sebelum nak kata apa apa
Tilik diri kita,
Adakah aku sudah cukup sempurna.

Dan tiap orang tu ada lebih dan kurangnya.

Kalau orang sekeliling jauh.

Allah kan ada.
Mungkin hari ni kita sunyi tanpa kawan kat sisi.

Mana tahu satu masa nanti. Kawan yg solehah mengelilingi disamping kita.

Nk down tu blh. Tapi ibrah dari down tu kita kena ambik. 😊

Setiap manusia ni tak dpt dari ditimpa musibah. Musibah yg menimpa diri kita dan org lain tu berbeza2. Ada yg ditimpa musibah berat dan  ada gak  yg ringan. Musibah dtg dlm pelbagai bentuk.

Cuba kita ingt blik, baru2 ini kita dgr citer psl  gempa bumi kt Sabah. Itu juga adalah 1 daripada musibah yang Allah uji.

Ok.
bila kita dpt musibah mesti  mempersoalkan takdir dan mengeluh "Kenapa Tuhan uji aku dgn ujian yg berat sekali?"😭 Terdetik juga dihati kecil manusia sambil berkata..."Tuhan tidak adil...."😓 Bukankah ungkapan itu menunjukkan kita tdk menerima qada' dan qadar Tuhan?

And, lebih teruk lagi ada yg tidak redha dlm menghadapi ujian tersebut smpai lupa kepada siapa dia perlu mengadu dan kepada siapa dia perlu meminta kembali kekuatan. 💪

Allah SWT pun bgtau dgn jelas sdalam al-Quran bhw setiap sesuatu itu adalah atas ketentuanNya. Begitu juga dgn musibah yg kita kena hadap.

Bila kita dpt musibah tu tak selamanya tanda kemurkaan Allah SWT. Musibah itu adalah sunnatullah sebagai peringatan drpd Allah SWT utk menguji keimanan hambaNya,sama ada Allah hendak tambah iman atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita.

Allah telah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 286 yg bermaksud "Allah tdk membebani seseorg itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya". Allah tahu kekuatan hambaNya bila kena ujiaan dari-Nya. Haaa. Kt sini lah letaknya rahmat dn kasih syg Allah terhadap hambaNya. Cuma kita sbg hamba, kita sering tidak sbr dlm menghadapi ujianNya.😭
At least ujian yg kita tgh face ni dpt bukak mata hati dn didik kita supaya jgn berputus asa dalam kehidupan.

And kena sedar bila kena musibah, kita kna kembali kpd tempat pergantungan, iaitu kpd Allah SWT semata2, bila seluruh tempat bergantung tdk dpt bantu utk nk hadap ujian kita.

Takde tmpt berlindung kecuali berada dibawah naungan-Nya, dan tdk ada pertolongan kecuali drpdNya. Allah SWT pun berfirman yg maksud "Tidak ada sesuatu musibah pun yg menimpa seseorg kecuali dgn izin Allah; dan barang siapa yg beriman kpd Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kpd hatinya"(surah at-Taghabun: 11)

Awak nk tau. Allah tak pernah berlaku zalim terhadap makhluk ciptaanNya. Di sebalik setiap musibah atau bala bencana yg menimpa, terdpt byk hikmah bg para hambaNya yg beriman. Kematian yg menyayat hati akibat kemalangan, banjir atau tanah runtuh adalah ketentuan terbaik pd pandangan Allah, Penguasa alam semesta. Tidak ada sesuatu pun terjadi di alam maya ini kecuali atas izin dan kehendakNya.

Dan akhir sekali... 😃sebabb dh penat typing. Heee

Allah bg musibah kt kita bukan dgn tujuan yg sia-sia, tp utk memperbaiki ketakwaan hambaNya. Allah akan memilih sape yg berjaya trima ujian tu utk ditingkatkan darjat hamba itu disisiNya. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud "Mereka yg byk menerima ujian itu adalah para nabi, siddiqin dn salihin, kemudian mereka yg mengiringinya.."

Tak rugi pun kan awak.
Jangan give up.

Actually terlalu tipu kalu aku ckp aku tak pernah kena uji. Kalau kalian tahu bgaimana kisaran hidup aku, 😭 . Stop. Biarlah citerlama.

But the point is. Aku suka cakap kat diri aku "aku hamba Allah, aku layak dan patut diuji"..😭

Sebab kadang kadang aku sedar diri. Kita ni bukan maksum. Kalau kita ni maksum tade buat dosa , free free je kan masuk syurga.

Tapi sebab aku pikir aku ni hamba. Dan aku mmg layak utk ujian tu.

Sama mcm awak gak.
Awk mnusia. Saya pun mnusia.

Jadi setiap ujian tu, kita ambik ibrah. Bukan menghakim pada Allah.

Mana tahu kan, mlm ni dijemput Tuhan.

Kalau hidup selalu nak senang, ready ready dulu panas dunia. Sedar diri. Kita cuma hamba. Bukan sesiapa.

——————————————————————————

" Who's me"

Moga tembus ke dasar Hati.

Who's me?

Siapa aku?
Siapa dia?
Siapa kamu?
Siapa kita?

Jantung bergetar saat menukilkan tajuk ini,

Sebab terasa diri ini kerdil lagi hina. Bila kita dapat kebaikan, kita pun harap kawan kita, keluarga kita dan orang tersayang kita pun beroleh yang sama . Kan?

Kita tak mahu menikmati Syurga seorang diri. Mahu sekali mengajak teman kita bersama sama ke Syurga. 😔

Disebabkan itu, jika saya dapat yang baik, saya harap sangat orang sekeliling saya pun dapat rasakan yang sama.

Ya sama.

Siapa aku? ( tanya diri sendiri)

"Aku manusia, aku hamba Allah "

Ya ! Tak dinafikan itu jawapan kita. Tapi adakah kita ini benar benar hamba Allah ?

Kita ini benar benar mentaati PerintahNYA kah?

Atau cuma ,

Pandai berkata,
Pandai bermadah puintis,
Pandai menutur bicara?

Tanya diri.

Dah tanya? Apa jawapan pada diri ?

Rasa sebak ? Atau masih rasa tinggi diri?

😔

Kita masih ingat lagi tak, bengisnya Umar Al Khatab terhadap Islam sebelum menerima Hidayah Allah, bahkan beliau jua yang merancang ingin Membunuh Nabi.

Tapi,
Cuba lihat balik, setelah Umar Al khatab menjadi manusia baru, setelah memeluk Islam, setelah dididik Imannya, beliau menjadi manusia yang lebih baik dan banyak manfaat untuk Islam.

SubhanaAllah !

Walaupun beliau tegas , tetapi beliau pemerintah yang sangat Adil.

Betapa adilnya Umar Al Khatab sehingga digelar Al Farouk.

Itu Umar Al khatab. 😭

Sape beliau sebelum Islam? Dunia pun tak mengenalinya.

Allahuakbar. 😭😭

Tapi,

Iman telah memproses dirinya menjadi Manusia yang luar biasa sehingga dikagumi oleh sahabat².

Kisah Bilal?

Pernah anda dengar?
Pernah anda hayati kisah Bilal?

Siapa Bilal?

Sebelum Islam, beliau hanya seorang budak berkulit hitam. Seorang hamba. Kerja Bilal hanya menuruti segala Arahan tuannya, Umayyah bin Khalaf.

Waktu tu, beliau tak dipandang masyarakat pun. Sudahlah hitam, hamba pula. Mana mungkin sama tarafnya dengan majikan kaya atau berkedudukan.

Tapi. 😭

Setelah datang Islam dan Bilal menyertai Kafilah Islam bersama Rasul SAW, beliau telah menjadi muazin yang terkenal Suaranya, baik dilangit mahupun dibumi.

Subhanallah. Kerdil diri 😭

Apa lagi saya😭😭

Ramai lagi para sahabat baginda, saya tak dapat menceritakan semuanya.

Tapi apa yang penting, mereka berubah menjadi baru setelah melalui proses Iman.

Mereka menyakini ada Allah dan perlu bergantung harap pada Allah dalam hidup. Dididik untuk memandang kaca mata Akhirat. Bukan dunia.

Mereka nampak seperti manusia biasa, tapi mereka sebenarny manusia luar biasa.😊

Cuba lihat kita?
Apa yang kita buat untuk diri kita?

Dah membangun atau menjatuh?

Tepuk Iman didada.

Dah tenung diri?
who's me?

Actually kita pun patut jadi manusia baru.

Kita Islam kan?

"Mestilah Aku Islam"

Tapi, boleh saya bertanya, adakah hidup kita dengan cara Islam sepenuhnya?

Baik, bila kita mengambil Islam sebagai cara hidup, kita sepatutnya memberi ruang untuk hati kita diproses.

"Tapi, macam mana? "

Kita proses dengan didikan Iman yang akhirnya menjadikan kita ini tunduk dan takut kepada Allah.

Actually, bila Iman menguasai jiwa, maka segala tindak tanduk kita titik mulanya adalah Iman. Jika Iman yang menjadi titik tolak Amal , maka kita psti tidak akan mudah menundukkan diri pada dunia. 😔

Moga moga clorox cinta kasih sayang ini menyerap dalam hati kita semua.

Moga moga kita semua memperbaharui diri kita dari semasa ke semasa.
Jangan cuma tahu duduk bangun tanpa kenal Apa itu Iman sebenar.

Biar nanti dunia tunduk dibawah kekuasaan Islam.

Who's me?
Satu kata kenalan diri,
Supaya kita sedar diri,
Kita bukan sesiapa.

Bersambung.

No comments:

Post a Comment