👀Masuk Syurga kerana bulu Mata 👀.
Ancanner tuh?
garu kepala
Nota kepala* mungkin ada yg sudah tahu cerita ni. 😊
Diceritakann pada hari pembalasan nanti , ada seorang hamba Allah SWT sedang diadili. Beliau dituduh bersalah , mensia siakan umurnya didunia untuk berbuat maksiat.
Tetapi ,
Beliau berkeras membantah.
" tidak ! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." (Baca nada keras sikit)
"Tetapi saksi saksi mengatakan engkau betul betul telah menjerumuskan dirimu sendiri kedalam dosa," jawab malaikat .(back to lembut)
😊
Orang itu, toleh kiri dan kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya , beliau tidak menemui seorang saksi pun yg sdg berdiri. Disitu hanya dia sendirian 💂. Maka beliau pun menyanggah.
" manakah saksi saksi yg kau maksudkan ? Disini tiada siapa kecuali aku dan suaramu. "
"Inilah saksi saksi itu," ujar malaikat.
Tiba²....
mata hamba Allah SWT tersebut berbicara,
"Saya yang memandangnya," disusul oleh telinga
" saya yang menDengarnya",Hidung pun tidak ketinggalan
"Saya yang menciumnya"bibirnya mengaku ,
"Saya yang merayu"lidahnya menambah,
" saya yang menghisapnya,"tangannya meneruskan,
" saya yang meraba dan meramasnya," kakinya pula menyusul,
" saya yang digunakan untuk lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut."
"Nah ! Kalau aku biarkan , seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu. "Ujar malaikat.
Orang tersebut tidak dapat mencetuskan sanggahannya lgi. Beliau putus asa dan amt berduka cita, sbb sebentar lagi bakal dihumbankan kedalam nraka jahannam. Padahal , rasa rasanya beliau tlh bebas drpd tuduhan dosa itu. Tatkala beliau sedang dilanda kesedihan itu, tiba² terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya.
"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi" 😊
"Silakan" kata malaikat.
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya, pd suatu tengah malam🌚 yang lenggang, aku pernah dibahasinya dengan airmata ketika beliau sedang menangis😭 menyesali perbuatan buruknya.
☝Bukankah nabi prnah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya sahaja yang membasahi airmatanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka ? Maka saya , selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa beliau telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan. "
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, org tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan kesyurga.
Sampai terdengar suara benaung kepada para penghuni syurga,
"Lihatlah, hamba Allah SWT ini masuk ke syurga kerana pertolongan sehelai bulu mata. 😊
Kesimpulan yang dapat intan simpulkan dari kisah itu,
☝taubatlah dengan sebenar benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat. Ingatlah Allah SWT itu maha pengampun.
Wallahualam.
Aseff ya habibaty😘
No comments:
Post a Comment