Friday, 25 September 2015

Nota Cik Markonah (30)

Dia
Mengorak langkah
Terus maju menapak
Tidak berpaling lagi
Pergi dan terus pergi
Jalan tanpa destinasi.

Dia
Insan biasa cuma
Namun azam luar biasa
Membawa jiwa kembali kepada DIA
Kerna diri si pemilik jiwa sedar diri punya dosa.

Dia
Kadang Lembut hati bak sutera
Murah tangis saat berduka
Namun jiwa teguh menahan derita
Hebat benar kau menahan luka wahai diri,
Hingga pendam itu menjadi aksara hidupnya.

Dia
Kadang tidak banyak bicara
Suara memecah saat pandangan diminta
Bicara dia pada yang perlu bukan sia-sia
Suka benar dia berhalusinasi di dunia sendiri,

Parahnya kau wahai diri,

Dia
Tidak suka pujian
Malu dengan sanjungan
Lemas dalam taksuban insani
Bimbang hati tak seirama  sama Iman.

Oh dunia.
Hebat permainan ini,
Bisa membuat manusia tidur nyenyak,

Ya! Dia
Terus mengorak langkah
Terkadang dia lelah
Namun Mujahadah dia harus kekal

Dia
Mesti Bicara Hikmah
Akhlak Sunnah
Ibadah Ikhlas.

Dia ingin
Jihad pilihan
Syuhada impian
Syurga harapan

Dia
Disayangi Manusia sekelumit
Ingin Dikasihi Rasul
Ingin Dicintai RABBNYA

Dia
Tidak mengharapkan apa pun
Selain mendambakan
Cinta KEKASIH TERAGUNG
Dan dia ingin mendapatkannya
Bersemadilah dia dalam kebahagiaan
Di Taman Syurga indah menanti

Begitulah potret puisi sang manusia
Yang cuba membawa diri ke trek hijrah
Yang ingin merasa lazatnya hidup BerTuhan.

Moga saja derapan kakinya utuh dijalan pilihannya,
Istiqamah penghijab dirinya,
Itulah kitaran hidup dia.
Beramal sebelum Tuhan  menjemput pulang,

Pergilah wahai diri,
Ingat pesan,
Jangan hanyut dengan nafsu dunia.

Gadis itu dia mula berjalan,selangkah demi selangkah.Sedetik sesaat menyelusuri pokok² rendang,angin meniup. Dia mula duduk di bangku kecil bersendiri,keseorangan.Dia insan biasa,gadis itu mengeluarkan sebuah buku kecil dari tas tangannya,jari mula mencoret kisah hati sepanjang liku ini. Terlalu ramai yg dikenalinya,satu persatu ada difikirannya,otak mula ligat berfikir.Siapa sahabat yang ada saat aku susah? Diri mula bertanya,mula jari dikira,rupa-rupanya hanya dikira dengan jari insani yang ada saat duka.Sungguh,penat bercerita mengenai sahabat.Tapi insan yang setia itu,yang ada saat suka dan duka akan aku jaga dia,akan aku sayangi dia,sebab.Sebab dia antara berjuta yang ada.Hanya dia menemani diri ini,Dia setia disisi.Terima kasih sahabat.Sebab menjadi yang terindah buat aku. Aku bangun dan terus berjalan menyelusuri pokok² indah yang nyaman dimata,yang sejuk mata memandang.Aku terus pergi.Dan pergi.Dan terima kasih kerana ada lalu tiada.Dan terima kasih jua buat sahabat kesayangan kerana selalu ada dan ada disepanjang liku hidup ini. Biar jari dan titipan ini terus menerobos masuk ke segenap hatimu. Biar ukhwah yang sudah terbina kekal selamanya. Itu harapan,Cuma belum pasti adakah harapan itu masih sirna.

Kau tak rasa apa yg aku rasa,kau tak tahu what she've been thru.Kau tak tahu macamana dan how hard aku pick up the pieces of myself bila aku patah semangat and trying and pretend to be happy.Apa yg kau nampak semua salah dia.Kau marah,terasa sebab aku diam tak cerita apa-apa.You know why? It is better that way,because if aku cerita all that I feel is pain and make me wanna cry again and again.That's why aku choose to be happy even she's not.And you dont realize that every single day.The smile that she wore is just another to for her to be strong.
Kau nak cakap belakang pasal aku?

Then,

Just do it.

But I think it is way better if kau try doakan dia untuk be strong or try to ask how she's been doing because that's all she need run.She's broken enough.And she need someone who really came and not someone yg ego.Yang fikir diri sendiri yg fikir dia tak cari aku why should aku cari dia.Ego makan diri bro,sis,trust me.Sebab macam ni aku choose to keep it to myself instead of telling everyone because everyone leave.
Sebenarnya aku tak kisah pun kau nak pergi or not.But bila kau pergi please jangan datang balik dalam hidup aku.Kau mesti faham kan.Aku pun dah choose what the best for me.So hilang sorang aku boleh cari,hilang semua pun aku yakin Allah ada.

Nak letak pengharapan kat manusia?

Oh no.

Aku lebih suka menggantungkan pengharapan aku pada Allah.Manusia ni dia datang dan pergi silih berganti dan aku tahu mana satu yg akan stay dengan aku,yg ada dengan aku saat susah senang aku.And I'm choosen for myself.
Bukan yg ada bila aku senang,and blahh bila aku susah.

Kau ingat kau sape?

And yg still ada dengan aku.Thanks a lot.Tak chat,tak tegur bukan aku lupa.Cukup aku  hembuskan doa angin rindu utk kau and you know what.

Kita akan ada seorang kawan yg kita tak sangka pun kita boleh jadi seperti yg macam sekarang Dan yg sudah pergi,terima kasih sebab pernah datang dalam life aku.Aku harap kau tak ada kacau lagi life enjoy yg aku ada sekarang ini tanpa kamu.Cukup aku bahagia.

Di satu ketika,kau bawa diri dengan hati yang luka bersama airmata menemani.Rupanya kau kecewa.Itu tidak kena,ini tidak kena.Habis yang macam mana? Dapat puas hati kau? Jalan itu,jalan ini,semua kau halang.Aku bagai sang burung di sangkar,bagai katak di bawah tempurung.Aku juga punya perasaan.Fahamilah,jangan egois! Lumrah aku ingin berteman,lumrah aku ingin bahagia. Jangan halangi aku. Aku juga pantas menjadi insan istimewa.Biar aku menahan luka ini agar derita hati aku hanya Tuhan yang tahu.Aku yakin Tuhan itu Maha Pengasih.Aku redha,ini jalan hidupku.Tuhan sekadar mahu menguji sabar itu ada ganjarannya.Pergilah duka,pergilah derita,bahagia ingin menjelma. Terima kasih Tuhan.

Bersambung.

No comments:

Post a Comment