Bismillah..
Assalamualaikum..
Saya nak share satu cerita pendek. In shaa Allah ^^
Watak:
Danish: A boy. The very tiptop bab agama.
Huwaida: A girl. The very the solehah (baru hijrah).
Table usrah dibuka. Satu demi satu perkongsian
dikupas.
Tiba satu soalan, "Abang Danish, cane nak jaga hati?"
Danish sengih. Typical random one.
"Jaga hati, ye? Hati ni.. tempat jatuhnya pandangan
Tuhan pada kita. As we know, Dia tak tengok rupa,
harta, darjat kita. Dia tengok hati. Back to the question,
hati kita akan terjaga hanya bila kita jaga 3 anggota ni.
Iaitu, mulut, telingat dan mata. Yes, including ikhtilat.
Betapa ramai yang mampu jaga aurat sempurna habis,
tapi ikhtilat aci redah? Tak dapat kira dengan jari dah.
Sebab ramai sangat. So, nak jaga hati, bukan senang.
Perlu mujahadah. Perlu ada tembok yang memisahkan
antara hati kita dengan ajnabi sebelum sampai masa.
Elakkan tengok dan dengar benda-benda maksiat.
Contohnya, orang tak tutup aurat and so on. Iman kita
bukan tinggi mana. Jadi, jaga lah."
"Mesti abang Danish tak pernah terbuai hati dengan ajnabi
kan. Sebab abang selalu jaga pandangan bila tengok
perempuan tak tutup aurat."
Danish sengih.
"Brothers in Islam, ingat yang jaga pandangan tak
tengok perempuan seksi ni memang confirm terjaga hati
ke?" Danish serius.
"Lelaki yang jaga pandangan, akan diuji dengan hadirnya
perempuan solehah, yang menutup aurat betul-betul."
Danish pejam mata. Istighfar banyak kali. Sebak.
Few years ago..
***************************************
Hujan. Danish bergegas ke stesen bas untuk berteduh.
Tiba-tiba bunyi macam.. suara apa mendayu-dayu ni.
Haih banyak kali Danish istighfar.
Danish tengok sekeliling. Tiba-tiba ternampak seorang
gadis berpayung. Terus dia tundukkan pandangan. Tapi
suara tu jelas kedengaran.
Huwaida selesaikan bacaan Quran dengan doa. Hujan
masih takde tanda-tanda nak berhenti. Huwaida tengok
sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak Danish. Danish tunduk..
Tiba-tiba Huwaida rasa tak selesa. Sebab nampak macam
berdua-duaan. Lagipun Danish pakai hoodie dengan cap.
Mau tak seram. And so.. dia redah je hujan tu.
Danish pandang sekilas.
"Cantik." Tu je yang keluar dari bibir kaku Danish.
"Argh! Istigfar Danish!" And so.. dia terus istighfar lagi dan
lagi.
Esoknya..
Danish pergi library. Saja nak lepak. Kat bilik roommate
duk memekak lagu Korea. Kat library, heaven, takde
orang nak kacau.
Huwaida buat muka selambe masuk library tanpa pass-
card. And she succeed. Ambik port paling cun, tepi
tingkap, tersorok, aircond betul-betul atas kepala. And
she started to recite the Surah Al Fath. Suara slow,
maintain. Nak kena ingat surah ni sebelum esok.
But.. Danish pasang telinga.
"Macam kenal suara ni.."
Rupanya port Huwaida lepak dengan port Danish
bersebelahan je. Cuma tembok dengan rak buku.
.
Tiba-tiba ada suara halus dalam hati Danish untuk tegur
minah sebelah tu. Boleh buat member tasmi' bacaan. At
first, was was. Lastly, terjerat.
.
"Assalamualaikum?"
Huwaida teruskan bacaan. Tak dengar barangkali.
"Err miss?" Danish try lagi.
"Already a MADAM!" Huwaida bangun dan blah.
Waktu tu Danish rasa macam nak terjun bangunan. Pangg
kena atas dahi aaa. Dah bini orang dah pun. Banyak kali
dia istighfar..
Huwaida sengih. Bagi dia, tadi tu was just an attempt nak
mengorat. Ha ha. But then.. "Mungkin dia ada niat lain?
Bukan niat nak ngorat?" Dup!
And so.. takdir.
Danish dan Huwaida dipertemukan dalam satu meeting.
Program forum "Islam hanya di IC" both representing
each's club.
Huwaida dengan perangai cepat lupa dia memang dah tak
ingat dah Danish.
Danish.. maunya tak ingat. Memang kena kaw kaw atas
dahi haritu. Dah tobat dah, takmo dah.
The meeting went well. Danish interact professionally still
jaga syariat sama je dengan Huwaida. Both menjaga. Tapi
Danish, still rasa terpukul.
Satu hari atas sebab kerja, Danish WhatsApp Huwaida. Pung
pang pung pang sampai pukul 12.
Huwaida selambe je read tapi tak reply, bluetick, online.
"Sokay. Reply tahun depan pun takpe MADAM Huwaida." -Danish.
Huwaida dumbfounded. "Aik? Dia ni tak faham ke dah
pukul 12 ni. Ishhh"
The next morning, "for your information, I'm still a miss.
And semalam dan exceed the limit. You know right.
Never mind. Proceed dengan urusan kerja." -Huwaida.
Danish baca sekali dua, tiga, empat kali. "Budak ni biar
betul. She must be lying to me that day. Sebab nak jaga
diri." Danish sengih.
Program dah selesai. And the usahasama dah habis.
Danish berkira-kira nak WhatsApp ke tak and at last..
"Sorry kalau ada buat salah pape."
Huwaida reply, "K"
Danish reply, "K? Potassium?"
Eh mamat ni. "Ingatkan cyanide." Huwaida replied.
And so.. bermulalah kisah baru. Saling berbalas
WhatsApp. Saling berkongsi idea cerita sirah-sirah Nabi.
That term ((romantik islamik))
Satu hari, Huwaida cari port untuk hafaz Quran. Lately she
felt so not good. Hafaz tapi tak lekat kat kepala. Port
cun, atas kerusi bawah pokok.
Dan takdirnya..
Port cun tadi exceli port dak-dak usrah duk lepak
berbulatan gembira. Tetiba.. dia terangkut sekali masuk
bulatan.
Huwaida tanya kak Maymyra, the naqibah.
"Akak. Huwaida hafaz Quran, tapi tak lekat. Cane eh?"
"Lupa nak baca Bismillah kot."
Gelak berjemaah ..
Dah stabil semua, kak Maymyra tanya, "Cuba throwback,
ada tak Huwaida buat something yang Allah tak redha?"
Huwaida senyap.. Dup! Ada.. kot?
Kak Maymyra sambung.. "there must be something yang
kita buat sampai Allah tegur kita macamni. In a way we
could not tell."
Huwaida: "Huwaida.. ada suka sorang mamat ni."
Kak Maymyra senyum.
Huwaida: "Tapi.. Huwaida dengan dia takde pape pun. Just
kawan."
Kak Maymyra: "Kawan macamana tu?"
Huwaida: "Kiteorang selalu share kisah-kisah agama.
Helping each other. Sebab Huwaida kan baru je hijrah. Dia tu
memang sejak sekolah lagi dididik agama."
Kak Maymyra: "Let me ask something, selalu contact?"
Huwaida: "Selalu la jugak. Sebab kiteorang buat program
kerjasama."
Kak Maymyra: "Jujur. Discuss urusan kerja je?"
Huwaida senyap..
Huwaida start rasa bersalah. Dia tau je, selama ni dia deny
the fact that ikhtilat still exist even dalam kerja. Selagi
boleh elak, kena elak.
Kak Maymyra: "Sister, do you love him?"
Huwaida: "Kind of.. no. But yes. Hm"
Kak Maymyra: "If you truly love him, jangan jadi penyebab
dosa dia bertambah. Betul, cinta tu fitrah. Tapi, kalau
FITRAH disalurkan di jalan FITNAH, tu boleh jadi dosa.
Cinta tu asalnya suci. Kita, manusia yang cemarkannya
dengan jadikan cinta tu cinta haram, cinta fitnah, cinta
dosa."
At 3.00 a.m Huwaida bangun. Qiyamullai.
Semua benda dia buat rasa tak kena. Atas sejadah dia
menangis dan menangis.. sampai Subuh.
***************************************
After a few weeks, Huwaida buka phone. Beratus misscall.
WhatsApp jangan cakap. 100++ check satu satu, mostly
nama sama je yang tertera kat phone.
Huwaida tekadkan hati. She must help Danish.
Huwaida: "Danish, kau selesa ke dengan keadaan camni?"
Danish: "Eh hilang ke mana? Apa ke pelik soalan tu?"
Huwaida: "Random."
Danish: "Huwaida, are you okay?"
Huwaida: "And if I said I'm not, what will you do?"
Danish: "Huwaida.. what? Tell me. Please"
Huwaida: "Aku tak selesa. And I guess, you too. I want the
old you."
Danish: "Apa ni Huwaida.. cuba cakap biar Danish faham. Jadi
macam dulu? Dulu cane?"
Huwaida: "Waktu hati Danish masih terjaga. Saya taknak jadi
penyebab dosa awak bertambah. So please, be like the
old you, yang terjaga hati."
Danish speechless.
Danish: Huwaida give me time."
Huwaida: "Take your time. Jangan contact saya lepasni. If
its true that you love me, come, meet my dad and make
me yours. Salam."
Huwaida nanges.
Danish nanges.
Both hurts.
"What hurts the most is probably, letting go the person
you love the most."
Danish WhatsApp Rafiq, "Brother, need some help."
Rafiq: "Sure. How?"
Danish: "Meet me. Port biasa at 2.00 p.m. Urgent!"
Danish dengan muka serabut mengalahkan orang mati bini
duduk sebelah Rafiq. Rafiq sengih.
Rafiq: "Stress pikir pasal Ummah ke duh?"
Danish geleng. Muka serius, tegang sangat.
Rafiq: "Okay, silap timing. So wassup?"
Danish: "I knew a girl, and I'm in love."
Rafiq: "Firstly, tahniah sebab berjaya buktikan yang kau
lelaki sejati sebab suka perempuan."
Danish jeling.
Rafiq: "woo woo hold on. So the problem is?"
Danish: "Silap step."
Rafiq: "Already langgar the pantang larang?"
Danish: "Kind of.. I know but its just.."
Rafiq: "Benda dosa memang seronok buat."
Danish speechless.
Rafiq: "Look.. kau belajar agama, kau dakwah situ
dakwah sini. Tapi hati tak jaga. Its like, ketuk tin
kosong? Bunyi je kuat. Isi? Kosong."
Rafiq sambung: "May I proceed? Kang aku proceed,
lebam mata aku."
Danish: "Proceed."
Rafiq: "Kau suka dia? I mean betul betul betul suka dia?"
Danish: "Sangat? I thought of making her as my wife dah."
Rafiq: "Then I bet, you must be so serious."
Danish: "Truly."
Rafiq: "But this is not the right way. There's still gap
between you and her. Ikhtilat. Kan? Eventho both of you
dah tunang pun, still, ikhtilat still exists."
Danish: "Aku just nak tolong dia dalam hijrah dia je."
Rafiq: "Tolong sampai buai hati dia? Sampai dia jadi
lagha? Useless. Allah tak berkat! You shouldn't be
worrying of future. Allah dah tulis cantik siap-siap dah
kau berjodoh dengan siapa, maybe anak sultan ke sape
ke. Who knows? If you truly love her and thought of
making her as your wife, then please don't mess with
her heart now. Hold dulu. Lepas nikah, sukati."
Danish betulkan duduk.
Danish: "But I'm.. not contacting her, makes me suffer."
Rafiq: "Elok je aku tengok kau hidup sebelum kau jumpa
dia dulu."
Rafiq sengih
Rafiq sambung: "Aturan Allah tu perfect. Terpisahlah
jauh mana pun, kau kat Malaysia, dia kat Zimbabwe pun,
kalau dah jodoh, takde sape boleh halang. But now..
prepare yourself first. Jangan nak semakkan sangat hati
dan fikiran dengan masalah cinta. Ummah needs us, too.
Wake up brotha! Haris, aku respect kau sebagai orang
yang jaga agama. Tapi, kalau kau buat ceni, jadi fitnah
buat agama. Buat diri kau, diri dia. So please. Respect
each other as someone yang menjaga agama. Orang
tengok kita weyy, sebab kita belajar agama. Jangan
sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Got me not?"
Rafiq siku bahu Danish
Danish: "Aku dah lama tak tahajjud."
Rafiq: "Sebab?"
Danish: "Tak terbangun."
Rafiq: "Allah taknak kejut kot?"
Danish: "hm "
Rafiq: "ops! .."
Rafiq sambung: "Last ayat-ayat cinta, jaga hati, jaga
agama. Kita bawa imej Islam. So wherever we are, orang
akan tengok.. So, behave! Practice Islam."
"Abang Danish? Are you there?"
Danish: "Ah uh oo here here. Haha sorry. Kat mana tadi?"
"Cane nak jaga hati?"
Danish sengih "Jaga hati.. dengan alert yang Allah
tengah perhati dan malaikat akan mencatit. Barulah ada
rasa malu bila nak terbuai dengan benda dosa."
The end.
Conclusion: wahai awak yang jaga agama, benda dosa
memang seronok buat. So beware. Jaga hati, jaga iman,
jaga ikhtilat. I was just sharing stories. Not my story to
be exact, but I guess that is what happened these days.
Take whats good, ignore whats bad.
Muhasabah diri bersama. Burn bersama-sama. Moga
bermanfaat. Perbaiki diri bersama-sama. In Shaa Allah
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment