Huwaida masih berfikir samada dia masih hendak meneruskan rasa hati untuk menerima Tengku Danish Rayyan ataupun tidak. Fikirannya bercelaru. Hati manusia berbolak balik. Baginya dia hendak lupakan cinta yang melalaikan dirinya daripada mengingati Allah. Ah ! Berteleku dalam sejadah. Hati mula berbicara.
"It was a world full of feelings that I didn't have words for yet. Just has faith dearself. Allah has better plan for you.
Orang nampak apa yang kita ada,
Tapi orang tak nampak apa yang kita rasa.
Sebab itu
Kau lantang bersuara.
Kerana kau tak rasa sakit celaka itu.
Sampai masanya nanti,
Aku akan berhenti.
Saat itu,
Jangan kau tanya lagi.
Jangan kau tanya,
"Mana kau yang dulu?
Jangan.
Rebah.
Huwaida sebulat suara hendak menyuarakan hasrat hatinya bahawa dia akan meninggalkan Tengku Danish. Bukan kerana kurangnya agama,bukan kerana tidak terpaut pada hatinya. Tapi masalah hati. Hatinya makin hancur kerana prioriti yang satu tidak kesampaian. Cari cinta Allah dulu baru cari cinta manusia. Satu perkataan yang senang disebut tapi susah untuk dilakukan.
To : Tengku Danish Rayyan bin Tengku Harith
....
Diari self,Akhi. Memang fitrah manusia,lelaki tertarik pada perempuan begitu juga sebaliknya perempuan akan tertarik kepada lelaki.Tapi akhi perasaan tu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" Al-Isra 32 dan Ana rasa takde apa untuk ana tangguhkan lagi. Ana ingin berterus terang.Akhi,hubungan kita salah disisi Islam,ana ingat dengan cara mengubah cara pergaulan ia dah dibolehkan tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Ana harap akhi terus beristiqamah meneruskan perubahan yang akhi dah buat. Maafkan ana jika selama ini ana ada tersilap kata dan walau apapun sekali lagi ana minta maaf. Assif jiddan. Mujahadahlah melawan nafsu.Kita sama-sama nak capai mardhatillah.Andai ada jodoh kita tak kemana akhi. Berjumpa jua kita nanti. Memang bukan senang akhi.Tapi ini hakikatnya.Kita kena terima kenyataan ini.Ana akan sibukkan diri ana dengan kerja-kerja dakwah. Dalam usaha hendak melupakan akhi.Seindah manapun gubahan yang pertama tu,selagi tak mendapat keredhaan Allah tetapi takde gunanya kan. Ana tahu dulu ana ada cakap pada akhi andai ada jodoh kita akan bertemu. Tapi ana tak nak akhi menunggu.Lupakan ana.Biarlah Allah yang menentukan.Akhi ingatlah jangan mencari cinta manusia sebab ia penuh penipuan.Kekecewaan dan tak akan kekal.Tapi ana minta akhi carilah CINTA ALLAH dahulu. Tiada penipuan dan takkan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi cinta yang diredhai. Dan Ana rasa ana sudah buat keputusan yang betul. Ana yakin kita tinggalkan semua ni sebab nak dapat keredhaan Allah. Ayuhlah kita bermujahadah. Maaflah jika ana tidak layan kamu wahai Ajnabi. Bukannya sombong,tapi ana pegang pada prinsip ana sendiri. Sila belajar hormat pendirian orang lain" Terima Kasih.
We're not the same person we were a year ago, a month ago,or even a week ago. We're constantly changing. Experiences don't stop. That's life.
Akhir kata, jalan DAKWAH bukan jalan mudah.
E-mail was send.
Bersambunggg
No comments:
Post a Comment