Friday, 25 September 2015

Story of NCM

Bismillahhirahmanirrahim. Assalamualaikum ya habibaty Qalbi.🌺

👀Bila kita Rancang nok berubah (sila baca sleng ganung) 👀.

Sweetheart bebyheart jantung hati intan shomel shomel haaa yuu redy.

Kah.

Jom ! Spread.😘

Yes! Kak intan tahu harga perubahan tu amat mahal. Semua orang nak berubah dr yang tak baik kepada baik.

Kan , kan.

Takkan nak duduk dalam zon tanpa hijrah je kan. Tak syok wuuuu.

*Siapa yang tak nak tu. Meh kak intan nak sekeh sikit.😏.

Intan tahu, bila nk langkah trek hijrah kita akan diuji dengan plbgai ujian yang mungkin menguga jiwa bila adik kakak nak masuk trek hijrah kan.😔

And pglmn intan sendiri.
Orang yg pling pirst sedar prubahan ni adalah 'family kita.

Ok.
Kalau dulu akhlak tak menentu, kini subhanallah comell lotte dr segi solatnya, percakapannyaa, cara berpakaian and sebagainyalah.😊

Kita mungkin akan dipandang sebagai manusia pelik. Ada orang macam jadi manusia asing dalam keluarga sendiri. Hilang kawan² yang uolss selalu lepak sesama.

And ada jugak kawan intan yg kadang kadang mak baba dia tak sependapat dgn dia.

Kesian dia😔

Dahla tak menyokong, membantah dan mencaci pulak. Hari hari dia dipenuhi dgn herdikan dan marah mak baba dia je.

Allahu. 😭

Alangkah terluka hati.
Intan nak gegirls semua imagine. Macam mana if awak ada ditempat dia.

Sakitnya tuh disini💔

Terluka bila mak baba kita sndri macam tu. Sape lagi yg blh kita harapkn bila kita takde tmpat bersandar dan bergantung. Hatta orang tua as mak baba kita pun tak menunjukkan sokongan utk kita.😭😭

And intan dapat rasa hati gegirls semua as like dunia terasa asing buat kita.

Tetapi. 😊

Ketahuilah bahawa ketika semua itu terjadi pada kita. Allah sebenarnya sedang memerhatikan kita.

Benar ( angguk )

Allah itu ada sayang😘

"Hbs kalu Allah ada, kenapa biarkan saya begini kak intan. 😭 sy nak brubah jadi baik. Kenapa Allah tak tolong saya. " (sila baca dengan nada menangis)

Baik. Cool sayang !

Betulke begitu😊
Adakah Allah sedang membiarkan kita?
(Baca dengan nada yang amat amat bersemangat)

Bukan sayang.

Bukanlah Allah membiarkan ketika kita ketika kita sedang susah. Semasa kita sedang pahit menelan ujian yang sedang menimpa. Allah tak pernah sesekali membiarkan kita atau mengabaikan kita.

Apatah lagi jika kita ni sedang berjalan nak kembali kepada Allah. Lagi lah Allah tak membiarkan kita. 😊

Jadi. Hadik hadik, hakak hakak jangan patah semangat. Intan bagi hug kasih sayang . Hah.

Allah tak meninggalkan kita sbnrnya. Tapi gegirls semua tahu?

Melalui ujian tu Allah memberi kekuatan jiwa pada kita.

" kak intan, ancanner Allah bagi kekuatan kalau ujian ni punya berat Allah bagi pada saya." 😭

Ya !
Nilah cara Allah dtgkan kkuatan pada kita. Allah tam hantar terus selonggok kekuatan mcm tu je sayang. Tetapi Allah nak kita USAHA.

Biar dgn usaha tmpuh kepayahan tu, kita punya jiwa yang kekal dan matang.

Maka Allah datangkan ujian supaya dr situ kita dapat bina balik kekuatan yg ada pada diri kita. Yes !

Mungkin di sepanjang ujian tu airmata😭😭 adik adik kakak kakak mengalir menangisi kepahitan ujian.

Pikir kesepian yg kita hadapi dalam kehidupan ni.

Mengenangkan beratnya dan susah nya utk jadi lebih baik sehingga kita ditohmah, di caci. Allahu Allah.

Tetapi. 

Jap ambik tisu. Lap airmata tu.😌

Jangan lah sedih ok. Jangan pernah berputus asa. Allah sedang bersama kita. 😘

🔴🔴🔴🔴🔴 iklan jap.

Nak gi tandas.😁

Im back.😘

Gegirls semua pergi ambik tafsir. Rujuk surah At taubah ayat 40 dan surah Ali Imran ayat 139.

Hadam dan paham ok.👌

Sebagai pengakhiran usrah kita. Intan nak anda semua teruskan dalam jalan hijrah ni. Ok👌

Bila kita dah mula rancang dah mula plan nk berubah, teruskan. Jangan hentikan langkahan tu. Jgn rebah dek ujian.

Allah ada Sedang memerhatikan.

Allah ada sedang menjadi teman.

Sayanggg.
Bukan setiap masa kita akan terus menerus diuji dengan susah dan payah.

Akan sampai satu hari nanti. Bila kita sabar dan terus kuatkan diri. Allah akan berikan hadiah serta kemenagan utk kita.

Kalu dok sekarang atau didunia sekalipung.

Allah telah sediakan ganjaran di syurga sana😘.

Teruskan. Jgn pernah lelah dengan cabaran.

Sampai satu masa gegirl intan semua, bila kita terus berjuang mendapatkan hak utk diri berada atas jalan yang benar. Maka Allah pasti datangkan bantuanNYA.😊😊

Kesayangan semua.
Bangun ambik tafsir.
Rujuk surah Albaqarah ayat 214.

Paham dan hadam.
Okehhhh😘😘😘

Tak mau lemah lemah .
Awak semua kuat kuat. Hati sado kan.

Teruskan langkah itu. Penat dunia sayang. Bahagia akhirat.

No comments:

Post a Comment