Friday, 25 September 2015

Kata Kata Cinta

Kenapa saya tulis buku #Nota Cik Markonah ini?

Kenapa boleh timbul nama ni?

Ya habibaty Qalbi.
Meski dibebani kesilapan,
Walau di hadang seribu halangan,
Namun takkan pernah putus harapan.
Mengorak langkah ke Syurga.

Bermula dari bulatan gembira #DakwahMujahidah. Satu media social sekadar untuk perkongsian serta Usrah Usrah dan bicara Agama dan menjawab kemusykilan Agama.

Biarlah apa yang dikongsi itu sahih serta dari sumber sumber yang benar.

Bersama sama berkongsi Ilmu.

Jom Inspirasi Diri.
Kita harapan Agama.
Saya persembahkan tinta ini buat semua. Buat jiwa kita semua. Biar kita menjadi anak muda yang diredhai di sisiNYA. Biar jejak kita sampai ke syurga meskipun kita masih di dunia.

Biar semangat, tenaga dan cita cita kita dipandu atas keimanan. Biar kita gerakkan masa muda kita menuju Syurga. Itu harapan saya.

Nota Cik Markonah

Well said,
Semua orang pernah diuji,
Cumanya , cara ujian sahaja kita berbeza.

Masa muda tidak lama. Hidup juga fana.

Muda muda kita biarlah muda yang diredhai Allah,
Muda muda kita bawalah ia sampai ke syurga.
Moga Allah Redha.

Syukran atas ukhwah Ini.
Moga moga mampu membawa kita bersama sama meraih MardhotillahNya.

Suka pada diri sendiri. Hobi dari kecik sampai besar suka menulis, suka menaip. Aku tak tahu orang lain. Tapi bagi aku, bila tulisan yang aku tulis, ada orang nak baca, aku dah rasa gembira. Bila kata kata semangat yang aku kongsi ada orang rasa kuat. Aku rasa dihargai. Bila luahan rasa yang aku karang, ada orang turut merasai. Aku rasa tak sendirian. Dan aneh sungguh, walau sekadar melalui penulisan aku, aku rasa hati aku dengan semua orang saling berhubung. Walau aku sendiri terkadang tak kenal mereka. Tapi apa-apa pun terima kasih untuk semua pembaca setia, dan untuk segala kata-kata yang terbit dari jiwa.

Dalam cerita intan ada nama antumna semua. Dalam hidup intan ada kenangan antumna. Dalam cerita ni ada aura Nota Dakwah. Hakikatnya sekarang, dakwah mujahidah makin hilang dari pandangan. semoga tinta Nota Dakwah di abadikan dalam cerita kalian. Semoga antumna tahu, besarnya erti ada nya nota dakwah dlm hidup seseorang. Jangan tanya kenapa. Doakan saya doakan nota dakwah ini.

Aku logam. Aku musafir. Aku pengembara. Aku cari ilmu, aku cari siapa diri supaya aku lebih kenal Pencipta. Seorang penuntut dan penagih ilmu AdDunya WalAkhirah. Suka menulis apa sahaja, cuba untuk tidak keluar dari radar tarbawi. Membaca, meneliti dan juga seorang penulis blog. Cuma kebanyakan orang yang hidup bawah jambatan kehidupan. Cuma juliet picisan yang mengarang bait-bait sayang. Pastinya aku, hamba Dia, pekerja Dia. Jangan kenali aku. Baca sahaja penulisan dan coretan aku. Kenali sahaja nama aku. Intan Nurul Aida Osman. Manusia puisi. Tiada menarik.

Yang rindu,
Intan'

No comments:

Post a Comment