"Ma, umi, adik, kakak. Mana semua. Kenapa tinggalkan Huwaida?
Kenapa gelap? Kenapa Huwaida sorang sorang? Kenapa sunyi? Kenapa semua orang lari? Kenapa dunia ini riuh rendah dan huru hara?
Zapppppp.
Allahuakbar. Aku segera meraup muka. Beristighfar sebanyak kali. Mengucap sebanyak kali.
Ya Allah, dunia benar sudah ke penghujung. Namun dosaku masih setinggi gunung dan langit. Serta tidak terkira.
Izinkan aku berkongsi. Agar aku mampu menyentuh tangkai hati kau.
Surah Al-Qariah
1-Hari kiamat.
2-Apakah hari kiamat itu?
3-Dan tahukah kamu apa itu hari kiamat
4-Pada masa itu manusia seperti kupu kupu yang berterbangan.
5-Dan gunung² seperti bulu yang dihambur²kan.
6-Maka adapun org yg berat degan (kebaikan)nya
7-Maka dia dalm kehidupan yang memuaskan(senang)
8-Dan adapun yang ringan timbangan(kebaikan)nya
9-Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.
10-Dan tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah?
11-(Iaitu) api yang sangat panas.
Baik. Sekarang kau dah baca tafsiran terjemahannya. Pejam mata.
Disaat kau sedang makan enak.
Disaat kau sedang nyenyak lena.
Disaat kau sedang berhibur.
Disaat kau sedang leka dengan dunia.
Tiba tiba.
Bumi ini bergoncang. Rumah kediaman ranap menimpa bumi, mak ayah kau tiada, kau tiada punya sesiapa, sekeliling kau kosong. Bumi ini Z.E.R.O. Gunung ganang hancur.
Apa kau rasa?
Sedang hari ini kau Enak berbuat maksiat !
Hari ini kau tidak solat !
Hari ini kau sedang minum arak !
Hari ini kau tidak menutup Aurat !
Dan
Hari ini segala macam kemaksiatan kau buat.
Wahai manusia !
Muslimin wal muslimat !
Sedarlah kau.
Kau sedang berada di hujung dunia.
Masih enak lagi kau LEKA.
Sedang bumi ini banyak musibah Allah tunjukkan atas perbuatan manusia.
Sedarlah.
Sedarlah.
Jangan tangguhkan taubatmu wahai sahabatku.
Jangan lalai lagi dengan dunia ini.
Sampai bila kau ingin menelan kenimmatan dunia.
Sedang akhirat makin hari makin jauh.
Astagfirullah hal'azim.
Moga moga kita semua tergolong dalam golongan yang beruntung dan bukan pula dalam golongan manusia yang rugi.
Selagi punya masa ini.
Kembalilah kepada pencipta.
Iaitu Allah.
Rawatlah hati kau.
Tanya pada diri !
Takkan selamanya ingin begini !
Kat dunia ni byk sgt kita ni dikaburi dgn Fana dunia. Mainan dunia.
Padahal dunia ni takde nilai pun berbanding Akhirat disisi Allah.
Tahu tak sabda Nabi?
Sabda Nabi mengenai dunia ni, Baginda gambarkan hnyalah umpama kita celup jari dalam Lautan. Bila kita Angkat jari dan titisan yg tinggal tu hnya Nikmat dunia.
Kerdilnya kita😭
Tp, nikmat yg sbyk tu pun dh berjaya buat manusia lalai. Ramai yg pasang gari pada Jiwa dengan dunia. Sampai kalau blh nk hidup kat dunia selamanya.
😭
Kalau Allah bg nikmat Dunia seluas Lautan, tak tahulah keadaan macam mana. 😔
Dunia ni mmg hina. Tp dian bukan cakap yg kita kena tinggalkan dunia dan usaha utk Akhirt je. ☝
Tak.
Kita hidup kat dunia. Antunna semua hidup kat dunia, jd gunakan dunia sbgai Jambatan ke Syurga. Jgn sekadar tahu mengeluh bila diuji , tapi kita tak berusaha utk ubah apa yang ada pada diri kita.
Move on. !
Jumm kita jadi macam Abd Rahman bin Auf. Usahawan berjaya di Zaman Rasullullah SAW. Dunia berjaya. Syurga pun jadi miliknya.☺
Sbb apa dia blh berjaya?
Sebab dia tak meniaga hanya utk kekayaan diri dia , tp Hasil dr perniagaan dia, dia sumbangkan utk Umat Islam.
Ni baru peribadi yg hebat.
Ada dunia, tapi tak tertipu.☺
Dunia sebesar mna pun tetap dipegang di tangan, bukan dihati.
Biar Iman kita jadi paksi.
Okay. ☺
So Ayuh sama sama kita Jadi Hamba kepada Allah, bukan Hamba kepada Dunia ☺
———————————————————————— —
Mati = Death
Dear Habibaty Qalbi, meh intan topupkan tajuk Mati. Tolong pegang kain Kapan or Selimut putih. Kasi ingt sikit pasal Mati ni.
☺☺
Lets Spread Love words.
Back to point. Here we go.
Jangan biarkan kehidupan kita dalam satu hari hanya dalam kelalaian da jugak takde sikit pung manfaat or kebaikan yang blh jadii bekalan kt akhirat nanti. 😔
As yg kak intan selalu ckp, sbb kitalah orang hok paling rugi sebab biarkan diri kita tanpa persiapan bekalan akhirat disebabkan mengejar duniawi.
Huhhhh ! Dunia Dunia.
Hakak, hadik, aunty apa yang bermain di fikiran akak adikk semua bila baca Bicara kata sweet portion intan?
Ok. Hal utama
1) jangan biarkan kehidupan kita Ni dalam 1 hari hanya dalam kelalaian.
Boleh?
"Sebab apa intan?"
Sebab, kita ni sentiasa dalam kelalaian dengan dunia ni. Dengan phone canggih, dengan lektop, dan utube, dgn bola, dgn cerita Indon, korea , tamil.
Aduuhh. Byk lah !
Kenapa intan cakap lalai?
Sebabnya kerana benda bnda alah ni kita tak siap kerja .kerana benda ni kita lambat lmbtkn kerja bila umi panggil.
Segalanya kita tangguh dan tangguh sampai la kita tak siap kerja.
Sebab memang ada dlm pglmn intan zaman dolu dolu. Zmn belum penjajahan. Rentak ni tolong jgn ikut.
Okay.
Back to point☺
2) Manfaat
Ada dok manfaat yang kita dapat dari benda2 tu?
Ada dak manfaat kita untuk dunia dan akhirat,?
Boleh ja kita nak main game.. boleh ja nak whatsp dn wchat kekawan.
Tapi☝ jangan sampai kita lalai dengan benda benda ni .
ingat, mati tu bila2 saja..Kalau malaikat nak ambik nyawa nanti, dia tak cakap Assalamualaikum, saya nak ambik nyawa ni, dah solat ?
Kalau kita tahu mati bila,kemain laju lah kan amal kita.
Yedok?
Sebab tu intan nak pesan. 😔Malaikat ni datang tanpa kita sedar. Penjuru mana pon kita tak tau.
sedar sedar kita sakit.
kita jatuh.
kita merintih sebab nyawa ni malaikat nak ambik.
Hakak, adik 😭sedar tak kita masa tu, phone, game semua boleh bantu kita?
Kita lewatkan solat sedangkan mati tu tak tunggu kita.
Bahkan kalau kita mati.
Tiada manfaat yang kita dapat dari benda benda yang lalai ni..
Allahu. 😔
Jadi, siapa yang rugi?
Tanyalah pada diri.
Tepuk dada, tanya selera Iman.
1 kita dah lalai, 2 kita biarkan diri tanpa mencari bekalan akhirat disebabkan mengejar dunia dan lagha.
Akak adik yang sangat intan sayangi,
☝ MATI TAK KIRA USIA
☝KAIN KAFAN KITA PON MUNGKIN DAH TERSEDIA
☝ DI KUBUR YANG LUAS YANG BERDEKATAN RUMAH KITA MUNGKIN SELANG DUA ATAU TIGA LAGI, ADALAH KUBUR KITA
mari muhasabah diri😭
Allah maha pengampun..
Allah maha pengampun..
Allah sentiasa mengampuni dosa dosa hambanya yang berdoa memohon keampunan ..
MATI ITU PASTI..
Wallahu'alam. Setakat sependek sejengkal tu je Perkongsian.
Okay. Kipidap.
Moga bermanfaat.
InsyaAllah.
Sama sama kita muhasabah diri. Check Iman.☺
Moga medan dakwah ttp menjadi medan dakwah & moga kita terhindar dari fitnah ilmu, fitnah dunia & kejahatan nafsu kita.
Allahumma inni audzubika min sharri nafsi wa sharri syaitoni wa shirki.
Bersambungg.
No comments:
Post a Comment