#monologbisu #bicarahati
—Sahabat 👭
Barangkali disisimu,wujudku hanyalah di hujung tumit yang bakal tercicir. Bila kau melangkah di setiap simpang. Tetapi dalam hidupku kini,wujudmu adalah suatu keajaiban yang menakjubkan. Satu hati sedang singgah bertakhta,memukau mata dan khayalanku. Di bawah istana ini,manusia si jubah hitam menanti malam. Biar segala malam ditidurkan,Biar segala sunyi dimatikan. Makin jauh hidup ini,hanya satu jalan kembali. Menunduk pada jalan keimanan,menempat ke asalnya ke hakikat kehadiran insan. Duhai waktu dulu,aku kini berbalik mengenangimu. Kembali duduk di tikar budaya,kembali berteduh di payung agama. Ini rantai kalimah,kan ku ikat ke pinggang peribadi. Ini intan ajaran. Terima kasih awak. Kini disini aku berdiri dengan kaki peribadi sendiri. Pertemuan singkat denganmu menghadiahkan padaku makna hakikat,makna hati sebenar. Surat untuk Dia. —kawan
Kau tengok dia kuat. Hakikat hati serapuh amat. Aku cuba untuk bawa diri aku di khalayak ramai. Aku cuba menjadi sahabat yang baik. Aku cuba menjadi yang terbaik untuk manusia demi Allah.
Tapi sayang wahai diri !
Kau bukan disayang semua. Kau cuma disayang segelitir umat manusia.
Tak ingin sedar lagikah kau manusia?
Dalam penat aku mencuba. Aku tak sangka camera mata manusia amat dekat dengannku. Tajam menikam pandangan fizikalku.
Kadangkala tidak perlu cakap banyak, cukup dengan contoh.
Senang sekali kau berbuat hukuman dengan camera mata fizikal kau.
Benarlah!
Kekuatan sebenar aku adalah dengan kembali pada Allah.
Tapi manusia !
Selalu meninggalkanNYA
Selalu melupakanNYA
Selalu melanggar perintahNYA.
Benarlah kata.
Bila kita jauh dariNYA
Maka melemahlah diri,
Jiwa kau terjebak penyakit.
Penyakit hati,
Penyakit nafsu,
Umpama badan kau tanpa antibodi!
Sangat mudah dijangkiti.
Majulah kedepan.
Masuklah ke trek tarbiyah diri.
Jangan terlalu leka dengan dunia.
Sedang
Akhirat kekal abadi.
Akhirat sedang menanti.
Aku pantang dengan spesis manusia macam ni.Hidup ni memang nak judge orang je eh? Tak berbaloi.Manusia pun ada perasaan lah weh.Biar aku bagi clorox.Brainwash sikit punya pikiran.Bila muslimah itu salah dalam langkahnya,janganlah melabel dia hina hanya kerana imej yang dia bawa."Pakai tudung labuh je lebih.." "Tutup semua konon.. Padahal." "Pehh. Pakai serban perangai lebih dari abang gangster. "Bajet alim je tu sarung jubah,pakai tudung labuh bagai.." Mulut manusia memang payah diam.Tudung labuh itu tak berdosa.Serban kopiah itu pun tak berdosa.Tudung itu amanah Allah padanya.Serban itu sunnah.Tudung labuh atau kopiah serban itu tak bersalah atas dosa yang dia buat.Jika dia berdosa,salahkan diri dia.Bukan tudung yang dikepala.Tolong,jangan salahkan imej yang dia bawa.Kerana itu soal akhlaknya.Imej yang dia bawa itu sempurna.Cuma dia yang tidak pernah sempurna.Dia yang tak lari dari berbuat dosa.Janganlah dianggap dia sempurna tanpa cela.Jangan expect terlalu tinggi. Kerana dia juga baru ingin merubah dirinya. Terlalu besar tanggapan dan harapan padanya.Cuba belajar menerima mereka.Jika kau tak nak terima perubahan dia,janganlah kau hina kutuk imej yang dia bawa.Sebab dia tengah usaha jaga amanah Allah padanya. Muslimah bertudung labuh tertutup sempurna itu juga manusia biasa dan untukmu Muslimah, Kak intan nak pesan. Jangan gentar bila ada yang mengeji.Mencaci.Memaki.Dugaan.Ujian.Tak semua orang akan bahagia melihat akhlak dan perubahanmu. Ingat satu. Penilaian itu semua Allah yang tahu.Kita tak tahu.Mereka juga tak tahu.Sebab mereka juga sepertimu.Dorang tu pun makan nasi jugak.Jadikan mereka kekuatan untuk terus melangkah.Bukan alasan untuk kamu rebah. Ini namanya medan. Medan perjuangan menuju Jannah. Menuju redha Allah.
"Free your mind from worries. A lot of works to be done yet so little time and too lazy to settle down all. Oh Allah,if I hurt others,give me the strength to apologize. If people hurt me,give me the strength to forgive.
Im quite doesn't mean I've nothing to say. It means I don't think you're ready to hear my thoughts. I don't care what you think of me. I was not born to impress you'. Makin besar makin banyak kena mengalah dengan others people sekeliling. Makin banyak kena jaga hati,banyak juga sakit hati yang datang.
Pernah tak? Masa tu kau jalan-jalan dengan adik or kawan kau. Kau nampak 'geng sekolah' or 'geng bestfriend' kau kat situ. Kau lambai tapi dia buat dunno.Perasaan cemane time tu? Kah ! Actually spesies macam ni aku husnudzon je. Samada memang dia dulu hadir hidup kau,then blah dari hidup kau. Second,mungkin tu pelanduk dua serupa. Kan. Sabo je lah.
Malam,segala sedih ditidurkan. Segala sunyi dimatikan. Night,all sadness will be sleep,all lonely will be die. Please don't never come to me. Just to make a bad story. I'm not perfect person. Aku bukan bidadari,cuma sedang menuju jalan Ilahi.
Dia,bukan sekuat yang kau sangka. Bukan setabah yang kau duga.Disini aku mampu memekik suara hatiku melalui setiap aksara yang kau baca.Kau nak yang sempurna? Maaf.Kau tak akan jumpa ! Lalu,aku coret sedikit aksara dihati. Dear self,I know you are afraid of facing your fears but somehow you need to get up & face your fears instead of running away. You can do this. And now, I wake up,stand on my feet,I have Allah.
Yang mana sahabat tu,biarlah kita boleh bawa mereka bersama ke syurga. Bukan setakat nak jadi sahabat di dunia semata. I don't care who are you,where you from,how your attitude,how pretty or whatever about you. But one more thing,walaupun baru kenal,cuma berjabat tangan dan berlaga pipi. Cukup ukhwah itu kita jaga. Doa supaya sahabat kita sentiasa berada di dalam redha Allah,di dalam jagaan Allah. Mata dah bertemu,tangan sudah berjabat,pipi sudah berlaga. Mg saja ukhwah itu ke Syurga walau tak ku kenal. Doanya. Mg saja sentiasa didalam jagaan Allah.
Salah Sangka. Jangan.
Itu mesti dia nak tayang muka depan lelaki.
Saya terdiam sahaja di sebelah. Begini fikiran dia? * *
Kawan ketawa senang je nak cari. Susah nak jumpa kawan menangis . Geleng.
Kawan yang susah nak cari nie, kawan yang ingatkan kita selalu kepada Allah. Ini, saya angguk. * * * *
Memandang rendah pada golongan yang dilabel 'masalah' dan selalu bersangka buruk pada mereka.
Saya tak faham.
Sudah cukup 'bersih' kah dirinya untuk memburukkan insan lain?
Tak, di khalayak ramai ini saya bukannya hendak memperkatakan hal dia namun untuk kuseru pada yang lain, jangan sesekali kau anggap orang-orang yang belum bersedia mengamalkan 'fikrah' ini, darjat mereka lebih rendah.
Bagiku tidak. Kita tidak layak menilai.
Tambah, saya lebih banyak pelajari daripada mereka erti kehidupan dan erti rakan.
Aku terharu.Terima kasih banyak-banyak.
- Bila kita menghargai mereka.
Mereka juga mempunyai perasaan.
Aku terasa. Aku terasa. Aku terasa.- Bila kita menuduh mereka.
Mereka sentiasa me'miliki' perasaan.
Kau tahu, warna itu macam-macam. Manusia lagilah, pelbagai ragam. Kan?
Faham atau tidok ini?
Di sini sendiri,
Berteleku di sebalik almari,
Dek terkenangkan memori,
Yang mula menjengah kembali.
Laila saeda wa ahlam ladeedah,
Diucapkan pada semua,
Moga esok lebih ceria,
Dari duka berganti bahagia.
People come and go. So do I. Maybe I'll go for a temporary time or forever. When that time comes, i dont want you to cry and be sad. Just be strong and smile like usual cause you can.
Sungguh,
hadirku membawa luka.
Sungguh,
hadirku membawa tangis.
Sungguh,
hadirku membawa cela.
Maafkan aku.
Aku pilih untuk pergi.
Pergiku bukan sementara.
Mungkin selamanya ~
Aku pilih untuk diam.
Daripada melontar bicara.
Yang sinis lagi tajam.
Bak pedang yang berkilauan.
Jadi,
tiada lagi yang
tersakiti.
Tiada lagi yang
terluka.
Dan, aku pasti.
Sangat pasti.
Kalian akan lebih senang,
lebih gembira, lebih
bahagia.
Tanpa kehadiran aku,
semuanya
sempurna.
Benar?
Akhir kata,
aku pohon kemaafan dari kalian.
Untuk segala salah dan khilaf.
Antara sedar atau tak sedar.
Mohon dimaafkan.
Selamat tinggal.
Aku pergi dahulu.
Bergembiralah kalian.
*melangkah pergi dengan langkah kecil, pandangan sayu, hati hiba, sambil berbisik "Jumpa lagi..."
Hati kena saض ♡
Sebab ramai yang terluka. Aku pilih untuk undurkan diri. Mungkin selamanya. Asif jiddan ala kulli hal.
"Maafkan segala kesalahan orang sekeliling kita,Inshaa Allah syurga menanti kita. Mama
Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa dan mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalir air mata. Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa iaitu marah,sedih,gembira,sayang dan rindu,tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah biarpun hadirnya seketika dan sekadar teman bicara. Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinyalah kita mengerti apa itu erti ukhwah. Kau tak suka peduli apa. Aku bukan ada kau aku ada Allah. Ada family nak pergi dari hidup aku? Silakan ! Mungkin Allah jauhkan kau dengan aku bersebab,sebab aku takut kau mengecewakan aku. Dan aku mengecewakan kau. Noted lagi,please lepas ni jangan muncul lagi. Ana mut'ab. Jangan jadi talam dua muka. Kesian teguk kopi
kenapa ni kak ?
takda ape , akk ok. Chill lah. Ni bukan air mata . Habuk masuk td. Maklum saja mata manja. Kann. ---
Sedih.
Kecewa.
Terasa hati.
Segala jenis perasaan sakit di hati tu kau je tahu. Yes ! Only you can feel how hurts its pain. Kau tahu apa rasa ?
Sakit.
Sakit sangat.
Tapi aku tak pandai meluah. Dan aku tak suka meluah. Sometimes , aku sendiri tak tahu apa yg buat aku sedih kecewa. Aku tak dpt nak describe. Tapi yg pasti , aku tahu.
Allah mengerti perasaan aku ini.
Dan.
Allah takkan memberi ujian ini andai aku tak mampu menggalasnya. Kadang rasa je nk nangis tanpa perlu sorok , tanpa perlu berselindung. Tapi, Aku tak boleh ! Aku lemah pada hati. Hati aku tak kuat untuk ' Sharing ' masalah aku pd org. Biarlah Allah sahaja m'jd teman di kala suka & duka sepi aku. Allah hancurkan hati kita byk kali krn manusia , supaya kita tahu dan sedar bahawa tiada kebergantungan selain hanya drpd DIA .
Allah takkan cipta air mata tanpa
sebab, juga mcm Allah takkan
cipta kesakitan tanpa sebab .
Terima Kasih kerna ada lalu Tiada.
Hati, tolong sabar. Air mata, tolong jangan keluar. Minda, tolong positif saja. Mulut, tolong kunci semua. Jiwa, tolong kuat sama
Jauh di sudut hati aku , Ada rahsia yg tersimpan. Ada tangisn yg tersembunyi. Ada harapan yg terlukis terang. Namun di situ, aku memilih untuk senyum. Aku b'tahan dalam diam. Aku yakin dengan doa. Tapi aku percaya di sebaliknya, aku kongsikan segalanya pada DIA yg lebih mengerti. Aku menangis dihadapanNya yg jauh lebih memahami, aku serahkan hati aku sepenuhnya.Hanya untuk DIA. sbb itu aku nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya. krn Inshaallah hati aku teguh bersama Pencipta. Maafkan aku. Hati aku tak kuat. Sungguh tak kuat.
Rapuh sangat.
Menangis dlm diam
Menangis dlm kesunyian
Menangis dlm sujud
No friends. Bcs aku tak pandai meluah. Ketenangan cuma aku dpt di dalam sujud ku. Bersama Ilahi.
Pergilah.
Pergilah.
Aku tahu mengawal hati aku.
Aku tahu mengeksperesikan hati aku. Aku dengan diri aku. Aku kena kuat kra Allah Taala. Aku ada Allah. How much pain pun , Aku still ada Allah. Pergilah air mata.
Teringat saat ada yang memberi dorongan dan semangat dalam diam. Bahagia sangat Ya Allah. "Hati" semoga kau tabah dan kuat. Bukan untuk hari ini tapi untuk setiap hari. Aku lebih tenang begini. Tiada bicara yang mengguris rasa,tiada tingkah yang melukakan jiwa. Sendirian kembali menyusuri likuan hidup ini yang pasti akan ada hentiannya disatu ketika. Moga cerah kembali duniaku yang kesepian.PadaMu ku serahkan takdir dan ketentuan.
Rasa macam nak hilangkan diri lari sampai hujung dunia. Lari pergi dekat tempat yang sorang pun tak kenal aku.
Sorry, I will choose to walk away and I rather to be alone. Because I know that no one would care anymore. No one.
Bukan الله tak tahu remuknya hati,
Bukan الله tak tahu pedihnya diuji,
Tetapi Dia tahu yang kita mampu hadapi.
Carilah seseorang yang tahu buruk kita,tapi tetap terima kita. Tahu kekurangan kita,tetapi ingin bersama kita. Tahu kisah silam kita tapi tetap membimbing kita utk bersama ke syurga. Tahu kita tak seperti yg diinginkan tapi dia tetap ada dengan kita. Please. Hargai bila dah jumpa. Kalau dulu kau punya kawan selalu ada sama²,selalu whatsapp,rasa macam adik beradik. Yelah,time happy selalu je ada. Rasa bahagia punya teman macam dia. Satu saat,kau putuskan untuk pergi ,kau sangka dia nak halang,rupanya terus pergi dan pergi tanpa menoleh. Dia tak tahu ke bahawa sahabat dia sedang lagi memerlukan. Kini kau tahu sukar utk mencari teman lagi,perlu diteliti,perlu diperinci. Rupanya,kau punya satu silap,dia menghukum atas segala kesilapan kau. Seperti kesilapan kau terlebih besar di bumi ini,seperti kau tidak layak bergandingan lagi bersamanya. Lidah aku kelu,ingin aku bicara tapi bukan dengan tinta suara tapi dengan hati dengan tulisan comot. Sahabat,tak ku sangka dulu bagai layanan seorang kakak yang dia layan kini kau buang dia seperti sampah. Kau herdik,kau kena tahu dia bukan bidadari. Kerna dia juga manusia,dia juga punya silap punya khilaf. Tapi sayang,kau judge dia,kau hilangkan diri kau dari dia. Saban waktu dia menunggu,melihat dan melihat,menunggu dan terus menunggu. Akhirnya,dia penat,penat menunggu insan yang tidak pasti. Penat menunggu insan yang tak sudi. Dia terus pergi,biar kau cuma kenangan. Sebagai memory bagi dia,Pergilah. Moga kau baik sahaja disana. Tinggalkan aku disini. Fi hifzillah sahabat. Dan dia--itulah aku.
Aku bukan nak suruh kau berlari,
Tapi lepas jatuh tu,
Kau kena bangun dan berdiri.
Berjalanlah perlahan lahan,
Bukan aku tak tahu kau sakit,
Kau bukan kebal,
Saraf kau belum rosak,
Aku tahu,
Aku tahu,
Kau kata hati kau tak kuat,
Kalau kau tak percaya Tuhan dan JanjiNYA,
Mungkin kau takkan kuat.
Aku tak boleh janji aku akan selalu ada dan sentiasa ada,
Sebab aku manusia,
Cuma satu hal yang boleh aku janji,
Allah takkan biarkan kau sendiri,
Jalan yang kau nak lalui tu,
Akan DIA tunjukkan,
Asalkan kau mahu.
Rendahkan ego kau,
Akui kekurangan dan kelebihan kau padaNYA.
Jangan jadi manusia sombong.
Ingat pesan aku.
Kau--aku
Kita sama.
Kuatlah.
Banyak mana pun kawan kau,mesti akan ada masa kau rasa keseorangan. Dan duduk keseorangan itu perlu buat kau. Rawatlah hati yang parah itu. Telanlah pahit itu. Kita ingat Allah sejengkal,Allah ingat kita sedepa. Kita berjalan kepada Allah,Allah berlari kepada kita. Begitu sayang Allah kepada kita. Maaf. Untuk segalanya dan untuk semuanya. Maaf. Atas segala cela dan setiap kata. Maaf. Kerana aku jauh dari sempurna. Maaf. Undur diri.
Waktu kau tak kenal aku,
Kau akan suka aku,
Kau akan perhati gerak geri aku,
Kau akan follow up semua kisah aku.
Kawan,
Bila kau dah mula kenal segalanya mengenai aku,
Tentang aku,
Cara aku,
Hidup aku,
Sikap aku,
Kisah aku,
Percayalah beb,
Kau akan pergi,
Kau akan pergi,
Dan aku cuma,
Cuma-- memandang kejap,
Kau berlalu pergi dan pergi,
Aku sendiri,
Dan akan sendiri,
Terima kasih sahabat.
Make peace yourself. You will be able to start rebuilding your own happiness. If you cant find happiness within yourself,how can you find happiness with other?
How?
By forgiving people who hurt. People arent perfect. They make mistake. Often remind yourself about it. It'll make you easier to forgive. You're human too.
P/s:Sesiapa yang nak luah sejuta rasa perasaan pada sis. Please dm sis. Sis cuba balas dm korang in 24hours. Mana yang keruh kita jernihkan. Sis minta maaf,sis ni nakal, kalau ada terasa dengan sis,ada tak puas hati,jumm kita settle. DM sis,kita 'make friend' dengan sis.
Selagi soalan tu tak aib gaiss boleh tanya sis in comment. Sis akan jawab soalan gaiss.
Thank you gaiss.
#monologbisu #siscuba #siskuat
Bersambunggg...
No comments:
Post a Comment