Thursday, 24 September 2015

Nota Cik Markonah (26)

#intanwrittenshare #monologbisu

Hati tiba tiba terdetik ingin berkongsi rasa pahit , manis , masam ,masin kehidupan. Kehidupan dia pada fizikal nampak perfect , tapi hakikatnya trek tarbiyah, trek istiqamah dia serapuhnya.
Hanya Allah yang tahu.

Dulu bukan main dia cakap pada diri sendiri,

"Aku akan istiqamah di jalan ini, sampai bila aku hendak berada di alam silam jahil aku"

"Ini masanya untuk aku perbaharui iman, islam, akhlak dan diri aku. Aku perlu bangunkan agama aku"

Dia menangis memohon hidayah petunjuk dari Allah. Puas dia mencari hidayahNYA. Puas saban malam dia berjaga untuk Tahajud agar Istiqamah dan ingin mendapat MardhatillahNYA.

Akhirnya sampai waktu Allah memberi hidayah padanya. Dia bersyukur. Hidupnya seakan bahagia.

Tapi.......

Sekian dia merasa bahagia,
Dia mula lalai dengan duniawi,
Dia mula menjauh dengan penciptaNYA.

Nangis (ckp pada diri sendiri)

Wahai diri , aku memang tak sedar diri. Aku lupa akan nikmat yang Allah beri pada aku. Aku lepaskan hidayah yang Allah beri pada Aku. Kejamnya aku !

tapak tangan diletakkan ke hati

Ya Allah , ampunkan hambaMU Ya Allah.
Dulu bermatian aku memohon hidayahMU, kini aku lepaskan. Aku hambaMU yang hina lagi Kerdil. Mudah lalai dengan nafsu dunia. Ampunkan aku Ya Allah. Berilah aku peluang untuk mengapai kembali MardhatillahMU Ya Allah.

Dia menangis teresak esak

Wahai nafsu ,
Aku sedang berperang antara iman dan Nafsu.

Dulu dia rajin solat , tahajud tak missed , dhuha sentiasa , zikir berpanjangan , amalan Sunnah diamalkan ,

Tapi sayang,
Sekarang semua lintang pukang, solat entah kemana zikir kemana , tahajud lagilahh.

Dulu dia rajin mengaji , tadarus , hafazan al Quran.

Tapi sayang,
Kini Tablet tak lekang pada tangannya.
Media social berterusan dihadapannya.
Sungguh melekakan !

Dulu dulu dia benar benar Solehah.
Tapi sayang,

Sekarang dia berada dalam keadaan 'pura pura solehah'

Kesat mata

Sehingga satu masa , dia benar benar tidak kuat , dia benar benar 'down' , dia futur.

Terdengar bisikan merdu alunan Al Quran. Hatinya rapuh.
Airmata mengalir tanpa dipinta. Laju deras membasahi pipi.

Sahabat,
Allah sedang mengujimu,
Allah menyanyangimu,

Kembalilah,
Kembalilah,

Masuklah kembali ke trek Ilahi,
Carilah bersungguh cinta Pencipta,
Pegang lah erat HidayahNYA,
Sekali kau lepaskan,
Rugi besarlah engkau kerna melepaskan anugerah dari TuhanMU.

Sedarlah wahai diri !

Istighfar,
Istighfar,

Rajin rajinkan membawa diri ke tikar sejadah. Inshaallah hati kau sedang gigih menuju kepada penciptaNYA.

Kau bukan sembarangan orang,
Kau insan terpilih.

Intan ada kenal girls ni. Mashaallah. Baru kenal.

"Face to face ke?

Ehh bukan face to face. Intan kenal di alam maya.
Dah terjatuh hati pada kisah girls ni.

Dia bukan dari keluarga serba alim. But dia cuba nak jadi baik. Mashaallah. Inilah yang mengkagumkan intan.

Intan dah tak kisah dia ni
free hair ke,
Pakai skirt ke,
Baju singkat ke,
Tudung separuh dada ke,

Mashaallah. Apa yang membuatkan mata ini menangis ada lah sebab dia nak kembali ke jalan pulang. Tapi dia tak punya sokongan.

Sampai satu masa.
Sejadah  dan quran menjadi teman akrabnya.

Allahurabbi. 😭

Story adik ni menarik minat intan. At least adik ada niat nk cover Aurah. Right.😊

To my kesayangan.
Adik, hakak tak nak masuk syurga sorang sorang. Izinkan akak pimpin adik sekali menuju jannah.😊

Tak cukup kalau akak je jadi baik. Akak pun nak ajak orang lain jugak sayang. Kenapa akak sibuk nak join hidup orang lain?

Sebab akak peduli. Sebab akak sayang kamu semua.  Sebab akak nak kita sama sama raih syurgaNYA.

Adik, semua orang boleh berubah. Dpd yg kurg baik nk jadi baik. Kan.

As like,
"Esok lah aku berubah. Aku nk mula istiqamah Esok. Aku nak jadi baik."

Baik. Akak nak tanya. Macam mana kalau awak mati hari ni. Bukan mati esok.?

Fikir.😊

Bukan senang nak berubah. Yes. Akak tahu. Tiba tiba nk ubah  kehidupan yang baru.

Oh mai God.

Tetapi kan..

Tiada yang mustahil sayang.😘

* tak tahu dia menangis atau gelak*

Kisah dia unik. Intan tahu peritnya menahan jalan hijrah.

Demi Allah.
Jalan menuju jalan Hijrah korang semua tak dihampar karpet merah pun.

Takkan pernah!

Sebab tu kamu semua kena kuat. Asal Allah uji sikit nak rebah ancanner?

Sampai bila nak duduk dalam zon,

Bila rebah tak bangkit.?

Intan pun bukan tak pernah diuji. Hahaha.

Tpi bila pikir balik. Ummah sekarang sedang tenat. Amat tenat. Tak sanggup tengok.😭

Diorang perlukan kita.
Sangat perlukan kita.

Tak sanggup tengok mereka berjalan dalam arus kelalaian, penuh hiburan, penuh kemaksiatan.

Allahu Allah.😭

Tak kira pun siapa kalian di pandangan orang lain. Tapi pada pandangan intan,

KAMU AMAT ISTIMEWA.

Cumanya. Manusia suka menJUDGE.
Gelak kejam

Ingat. Manusia ni memang tak  pernah berhenti nak menghukum.

Intan tak kisah latar belakang awak macam mana.

Keadaan awak macam mana?

Pakaian awak macam mana.

Akhlak awak macam mana.

Semua berkaitan tentang awak. Intan tak kisah.

Tapi....😭😭😭😭😭

"Izinkan intan mengenggam erat tangan kalian. Bersama bangunkan ummah. Kita jatuh bangkit kerana Allah. Kita punya kaki. Kita juga  punya hati.

Diuji?

Kita bangkit !

Awak punya Allah.
Jika tiada bahu untuk bersandar. Awak masih punya dahi untuk bersujud.

Percayalah.

Sebab diri tak sehebat mana. Sebab diri ini pun pernah melalui zaman zaman gentingnya jahiliah.

Tolong bantu. Jangan keji.
Tolong tarbiyah bukan menghukum.😭

P/s : Pernah cuba tak isi air dalam bekas yang pecah? Macam tu lah nak puaskan hati semua orang dalam dunia ni. Mustahil"

———————————————————————————

Quest : Ana pernah jadi stuasi macam ni. Ana pakai tdg labuh. Org pandai serong. Sebab beberapa kesalahan org lain. Kte turut dpt tempias.

Satu hari g kedai. Dyorang layan nak xnak je. Mase tu tgh hangat isu budak tdg labuh buat perangai.

Dalam hati ni sakit sgtt.

Balk umah still geram. Sbb kte xsalah kan. Cter kat shbt2.

Pastu balk umah betul plak. Cter kat mak.

Tap still xtenang.

Lastly. Mase nak tdo. Allah bg ilham.

Akak bce bismillah... Letak tgn kat dada. Ya Allah aku maafkan mereka.

Lepastu senyum. Pastu alhamdulillah tenang sgtt.😘😘😘

Answ: Ingat tak pesan kak intan dik.

"Orang berkata buruk, org berbuat jahat, jgn dibalas dengan keburukan. Tapi dengan kasih dan sayang "

Meh akak cerita.

Ingat tak kisah nabi?

Ingat ?

Atau nak suruh akak ingatkan balik?

Kisah yg mna Nabi Muhammad, dikeji, dtohmah, dicaci , dimaki, segala jenis Ujian.

Gupppp ! Sekaligus tertimpa.

Nabi nak perjuangkan hak Islam. Nak Umat kembali pada Tuhan. Iaitu Allah.

Kita ni.
Di jentik,
Di umpat,

Aduhh, terus rasa nak marah,

Terus rasa nk jerit.
"Tuhan, salahkah aku begini dan begini"

Dik, sebelum seblum ni akak pernh ckp kan. We're not perfect. Nope.

Kalau dia salah, kita tegur.
Kalau kita salah dia tegur.
Baru ukhwah tu kekal.

Mulut manusia?
Penat nnti berhenti lah.
Sabar.

Allah itu Maha pengasih pada Hambanya.

Tak selamanya Allah membebani kita dengan Ujian.

Tabahlah.
Inilah dunia.

"Ya Allah, tabahkan hatiku, tabahkan hati kami semua. Ya Allah, kami ini hamba pendosa, Ampunkan Kami Ya Allah, Andai butir bicara ini ada silap, Andai mata Ini penuh Maksiat, andai hati ini hitam. Ya Allah, kami cuma Hamba. Hamba yang bertatih di JalanMu. Ampunkan kami semua. "

Allahumma Aamin.

Allah itu maha baik. Nak jadi baik, kita jgn berkira kira nk bg  kasih sayang pada mereka yg tak suka kita.

Kan Islam itu Indah. ☺

Manusia tak boleh baca perasaan kita.

Antara kita dengan Allah.

Husnudzon lah sesama manusia. Kita hamba yang lemah. Mana mungkin dapat memuaskan hati semua.

Kdg kdg dik, hidup ni kita rasa sarat dgn Ujian. Tapi, di sebalik ujian, ada Kasih dan Sayang Allah.

Tahu tak apa Kasih Sayang Allah bagi pada kita. ☺

Kasih dan sayang Allah itu,

Bila kita mendapat Ujian, Allah mengajar kita Erti ketabahan, Erti kesabaran.

Cuba bayangkan.
Life kita, bila kita terima Ujian, rasa nk marah je, nk je simbah Asid, nak je kutuk, nak je maki.

Tapi, Allah itu maha Baik.
Diselitkan dalam hati kita satu perasaan.

Dan perasaan itu ada bermacam. Antaranya sabar.

Life must go on.
Doa yang baik baik,
Kata yang baik baik,

Jangan simpan dalam hati,
Tarik nafas,

"Allah, kerdilnya aku"

Tahu tak?

Sedangkan Allah ampunkan salah silap Makhluknya, even dosa tu setinggi gunung everest,

Sedangkan Nabi ampunkan Ummat.

Inikan kita dik 😭
Kita ni tak ppunya apa apa😭
Nothing 😭
Zero😭

Syukurlah pada Allah.
Allah has better plan for you.

Sebab hati awk belum bersedia, lapangkan dada.

Zikir, tenangkan hati
Ubati lisan dengan bacaan ayt Alquran.

Jangan dipersoal mengapa dan mengapa, begini dan begini.

Allah memberi Ujian, tapi disebaliknya ada hikmah.

Belajar memaafkan mulai sekarang. Walau tak mampu, paksakan hati.

Dunia ni pentas mainan.
Selagimana awak cuba hanya untuk bermain main.

Jalan pulang pada Tuhan tersekat.

"Maksud kak intan?

Maksudnya.
Ujian, kalau dgn ujian awak lena dgn Amarah, dgn dendam. Masa mana Islam nk berkembang.

Dan kalau dgn sedkit ujian pn dah Rebah, jalan pulang, jalan hidayah pada Tuhan bila nk sampai?

Utamakan pandangan Allah pada kita,bukan pandangan manusia.

Sdgkn  Allah tak buka Aib kita, jgn pula kita jaja Aib kita.

Nk cerita depends, tapi kalau andaikata satu dunia tahu apa dosa  awak pd diri awak, jgn slhkan sesiapa. Tp pd diri sendiri.

Nak cerita apa apa pun secara rahsia, hanya pd Allah.

P/s : "Saya tak kisah langsung orang "tak suka" saya.

Sebab apa?

"Sebaik baik manusia pun ada si tukang benci, cukuplah Tuhan saksi segalanya."

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment