#NotaCikMarkonah ialah sebuah buku untuk generasi anak muda, dari episod satu sampai episod akhir. InshaAllah will be upload from the first chapter. Syukran. Keep on reading.
Even the longest journey begins with a single step.
Buku ini menawarkan solusi permasalahan anda dalam ranjau perantauan untuk menuju Jannah. Bermula dari bawah, bukan bererti lemah. Tapi untuk membuat sesuatu lebih baik, yakin pada diri. Yang penting tetapkan niat Lillahita'ala.
"Mengapa nama buku ini #NotaCikMarkonah?"
Rentak menulis yang kaku.
Ritmanya tak berlagu.
Aku lumpuh dalam ingatanku.
Aku gugur dalam pertempuranku.
Aku masih mencari aku.
Dalam detik payah.
Dalam kabut resah.
Aku mencari diri yang rebah lemah.
Terbaring lelah.
Aku ini yang kau kata futur.
"Mana pengisian rohani?"
"Mana kata-kata kau yang memberi kesan pada hati?"
"Kenapa engkau begini?"
"Kenapa engkau begitu?"
Kritikan manusia dulu ku ambil menjadi pedoman.
Namun kritikan menjadi hentaman.
Makin aku diam makin aku terasa aku menyimpan dendam.
Lakuku disalah erti.
Tatkala aku lemah malah dicaci.
Bila aku yang sering memberi nasihat memerlukan nasihat.
Yang cuma disebut "Aku tahu kau kuat".
Aku tahu itu cuma kata penyedap.
Kerana jika benar kau kenal aku.
Mana mungkin kau berani kata aku kuat.
"Kenapa kau berubah?"
"Legend mana boleh putus asa"
"Bangunlah dan langkah semula".
Sudah beratus malah beribu kata-kata sama aku terima.
Kadang aku cuma mahu bersendiri.
Mencari erti dalam kehidupan.
Hidup seperti teman-temanku yang pada mereka cuma ada hiburan dan kegembiraan.
Aku juga ada masa sendu.
Ada masa menyorok pilu.
Aku juga ada masa perlu dipapah.
Namun egoku membongkah.
Keras kepalaku menjadi parah.
Aku cuma ingin diterima tanpa aku perlu berpura-pura.
Aku cuma ingin dilihat bukan malaikat tapi manusia yang juga terkadang penat.
Lalu dahiku menyembah bumi.
Tuhan,aku perlukan sokongan.
Kerana manusia takkan pernah mengerti betapa lopongnya segumpal organ ini.
Organ yang bahasa melayunya dipanggil hati.
Aku ini,yang kau kata futur.
Momentum terlontar begitu tinggi.
Namun tatkala ia jatuh kembali.
Ia terhempas kuat mencerai-beraikan semangat yang ku sangka kukuh.
Pergilah pergi.
Tinggalkan aku mengisi hati.
Tuhan,kadang Kau hantar manusia yang aku tak jangka. Untuk hiburkan luka dalam yang seolah-olah tak mungkin mampu disembuhkan.
Kau akan faham bila kau mula masuk part "hijrah". Bilamana kau berhadapan sendiri. Yang mana perjalanan kau langsung tiada karpet merah atau VVIP yang mengiringi.
Jom layari kisah baru. Nota Cik Markonah. Semoga antum semua terhibur dengan kisah ini. InshaAllah cerita ini tidak mengecewakan anda. Keep on reading. And thanks also from Dakwah Mujahidah because still waiting for next Episode. Keep it up. Selamat membaca bro,sis.
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment