Straight to the point. Okeh.
Atas kesempatan waktu yang intan ada , izinkan intan berkongsi sedikit Ilmu untuk antum semua.
💂BEKALAN SEORANG PENDAKWAH💂
Firman Allah SWT
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata 'sesungguhnya aku termasuk orang orang yang berserah diri."
Surah Fussilat:33
Okehhh.
Back to the point. 😘
Dakwah ni, ada kedudukan yg sangat Tinggi dan mulia dalam agama.
Kan.😉
And , orang yang buat kerja kerja dakwah ni mendapat sanjungan dalam Al Quran.
Jadi........
Apa yang kena ada pada seorang penda'wah?
❓❓❓
And ada jugak, seperti apa yang intan lihat sebelum ni , ada orang berdakwah BUKAN dasar IKHLAS.
Tapi....😔
👉Sebab riya'
👉Mengharap kedudukan
👉Harta benda
👉Puji pujian orang
👉Keghairahan kumpul peminat dan Follower
👉 atau untuk kepentingan dunia😔😔
Apa kalian lupa wahai sahabat kesayanganku semua. 😭
Seperti di dalam firman Allah.
“ Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakn di dunia dan sia sialah apa yang telah mereka kerjakan. ”
Surah Hud: 15-16
Kena Ikhlas dalam berdakwah.
👉motivasi utama seorang daie bila dia nak berdakwah ialah , rasa cinta kepada Allah, agamaNYA, sesama sedara dan mengharapkan kebaikan untuk orang yang didakwahkan. ☺
Ok , jom buka Tafsir Alquran.
Seperti firman Allah :
(Nuh berkata)“ jika kamu berpaling (daripada peringatanku), aku tidak meminta imbalan sedikit daripadamu. Imbalan ku tidak lain hanyalah daripada Allah belaka , dan aku disuruh supaya aku termasuk dalam golongan orang orang yang berserah diri (kepadaNYA).
Surah Yunus : 72
2⃣Kemantapan Ilmu
Okehhh, bila nak jadi seorang pendakwah , daie , dia kena menguasai Ilmu.
Sebab....
Tanpa ilmu runtuhlah daie itu dihadapkan dengan kebatilan sebab kejahilannya atas apa yang disampaikannya.
Kan. 😉
Okeh. As daie dia kena meliputi dua ilmu.
1-Ilmu agama.
Ilmu agama macam mana tu?
Sini intan nak habaq mai.
Dalam firman Allah dalam surah yusuf :108
"Katakanlah : Inilah jalanku (agamaku). Aku dan orang orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tidak termasuk orang orang yang musyrik. "
Makna 'Basirah' (hujah yang nyata) dalam ayat ni ialah ilmu.
Melalui ilmu seorang daie akan mampu mempertahankan apa yang didakwahkannya daripada segala bentuk kemusykilan mnegakkan hujah terhadap para penentangnya hinggalah kebenaran dapat ditegakkan.
- Ilmu tentang keadaan orang yang hendak didakwahkan.
👉Ketika Nabi mengutus Muaz ke yaman, Baginda memberi wasiat :
“Sesungguhnya engkau akan mendatangi kaum daripada Ahli kitab"
(Riwayat Bukhari)
Baik , intan akan terangkan.
👆dlm hadis ni , Nabi memberi tahu terlebih dulu kepada siapa dia diutuskan , hingga dia mengetahui siapa yang akan dihadapinya dan dapatlah dia mempersiapkan diri. Sebaliknya , jika seorang daie tu tidak tahu keadaan orang yang dia hendak dakwahkan, maka akan beri kesan buruk kepada dakwahnya kerana tidak tepat pada sasaran 🔫.
3⃣Beramal dengan apa yang didakwahkan.
👉Daie ni kena jadi suri teladang kpd orang lain tentang apa yang dia nak dakwahkan
Firman Allah ,
“wahai orang orang yang beriman , mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu buat?amat besar kebencian disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.
Surah Al Saff : 2-3
faham. ☺
Dia..
Dia lah antara ramai yang tak pernah gagal memujuk hati..
Kadang bila ak u bersedih, dia ceritakan kisah Nabi..
Lalu aku pun terhibur..
Kadang bila aku jatuh futur, dia bakar semula semangat, katanya "Jangan pernah putus asa dalam mujahadah.."
Kemudian aku datang lagi,
merintih akan hal yang sama.. Bersifat lelah bila hati tak mampu aku jaga..
Dan dia..
Dia tetap setia mendengar dan pujuk dengan hadis dan sirah...
Aku sendiri tertanya, apakah dia tak penat melayan kerenah seorang sahabat macam aku ni ?
Dan diaa..
Dia menjawab "Kamu adalah amanahku, mana mungkin aku penat.. Mana mungkin aku lelah.. Aku takut jika aku biarkan engkau sendiri nanti aku akan disoal disana, aku takut jika aku tidak menunaikan hak kamu..."
Saat itu menyentuh segala kudusku, walaupun dari kata-kata tak bersuara tapi aku tahu, ayat itu tulus.. Jalinan yang ikhlas, walaupun belum pernah ku temui diaa...
Namun aku tahu dia nyata...
Aku tahu kau pasti ada...
Dan dia... Diaa sahabatku...
Dia adalah kamu..
Ukhuwah fillah abadan abada.. Moga kata akhirku adalah selamanya...
4⃣Hikmah
👉Daie kena hkmah dalam ucapan dan sikap, and kena letakkan sesuatu pada tempatnya. Seorang daie kena memiliki kearifan dalam dakwah iaitu kena guna cara terMolek (terbaik) sesuai dengan keadaan dan tempat.
Antum semua boleh rujuk surah An-Nahl ayat 125.
Nahhhh, cepat buka tafsir , baca terjemahannya.
5-Sabar
👉 Kesabaran daie akan bertemu dgn gngguan dalam dakwahnya. Ok cuba renung balik.
Ambik mood renung balik ...
Cuba lihat kesabaran pada diri Nabi SAW dan para Rasul sebelum baginda.
“dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan da penganiayaan (yang dilakukan ) terhadap mereka, sampai datang pertolongan kami terhadap mereka. Tidak ada seorang pun dapat merubah kalimat kalimat (janji janji ) Allah.
Surah Al An'am :34
Setakat itu sahaja perkongsian intan pada malam ini. Mana yang baik itu datang daripada Allah , dan yang kurang itu dari kelemahan diri sendiri.
Inshaallah intan akan provide menambahbaikkan lagi pada masa depan.
As human , kita ada kelebihan dan kekurangan masing masing.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada Semua.
Selamat berdakwah ya habibaty Qalbi.
Allah yuftah Alaina.
Wallahualam.